Thursday 3 September 2015

Topic 10



Diversity of non electronic media and the development and production process. Refer to materials available in market: such as charts, models, aquarium, puppets. And etc.




1. Carta organisasi - hubungan, pemerintahan

2. Carta jadual - mengandungi data

3. Carta klasifikasi - peristiwa, menyerupai organisasi, maklumat ringkas.

4. Carta aliran - menggambarkan ringkas sesuatu proses.

5. Carta garis masa - hubungan kronologi, meluluskan siri, peristiwa yang mudah.



Seterusnya, dalam topik 10 menerangkan kepelbagaian media bukan elektronik dan pembangunan dan pengeluaran proses. Merujuk kepada bahan-bahan yang terdapat di pasaran seperti carta, model, boneka dan akuarium. Mengenai carta adalah dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah dan mempunyai tujuan pengajaran yang jelas. Antara jenis-jenis carta iaitu carta organisasi, carta klasifikasi, carta garisan masa, carta jadual dan carta aliran. Contohnya, carta klasifikafi mengikut kategori kehidupan yang tinggal di air dan di darat dapat membantu pemahaman murid-murid. Model pula ialah bahan bantu mengajar bukan elektronik merupakan 1 medium pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar memahami tentang sesuatu objek. Contohnya, model gunung berapi, rangka tulang manusia dan sebagainya.

Seterusnya boneka iaitu benda-benda maujud yang bertujuan untuk mengurangkan rasa bosan kanak-kanak ketika belajar. Boneka ini biasanya berbentuk orang, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Boneka ini dapat mengembangkan kemahiran murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis. Contohnya, berlakon menggunakan boneka. Akuarium pula ialah tempat untuk meletakkan hidupan di dalam air. Akuarium ini juga disediakan dalam bekas kaca atau balang-balang plastik. Ia juga boleh dijadikan hiasan di dalam kelas agar murid dapat melihat benda yang sebenar. Selain itu, dapat membantu memberi pengalaman kepada kanak-kanak mengenai sesuatu bahan tersebut.



Kesimpulnannya, saya dapat memahami dengan lebih jelas daripada kumpulan pembentangan ini. Mereka juga memberikan banyak contoh mengenai penggunaan media dalam bilik darjah.

No comments:

Post a Comment