Thursday 3 September 2015

Topik7

select approaching media to produce effective learning enviroments using technology    resources in early childhood classroom.

  Pilih pendekatan media untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang berkesan menggunakan sumber teknologi dalam kelas awal kanak-kanak Secara keseluruhannya, saya dapat mempelajari tentang fungsi penggunaan teknologi ini terhadap pengajaran dan pembelajaran. seperti mana dalam topik 7 membincangkan mengenai memilih media yang sesuai bagi menghasilkan persekitaran pembelajran dan pengajaran yang lebih berkesan melalui menggunakan sumber-sumber teknologi dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dalam topik ini iaitu antara media yang dinyatakan seperti media elektronik dan juga media bukan elektronik.
  
    Media elektronik seperti komputer, dan television, media ini menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dimana menurut kajian clements (1987) dan Hough dan Ellis (1997) mengatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi ini boleh membantu kanak-kanak untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif. selain daripada itu juga dapat mewujudkan sesuatu suasana yang pembelajaran yang mencabar minda kanak-kanak tetapi walaubagaimana pun media elektronik ini menarik minat kanak-kanak untuk melakukan aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. penggunaan media ini juga adalah untuk tujuan pengayaan dan pemulihan kepada kanak-kanak serta media ini melibatkan tayangan video ataupun video lagu.
  
     Media bukan elektronik pula seperti buku teks, dan gambar rajah. Media bukan elektronik juga menghasilkan sesuatu pembelajaran dan pengajaran yang berkesan juga. kerana melalui gambar rajah kanak-kanak mudah memahami pengajaran yang dijalankan. selain daripada itu juga dengan menggunakan buku teks kanak-kanak boleh membaca, menulis, menyebut perkataan dengan jelas berdasarkan apa yang sudah di lihatnya itu.

   
       kedua-dua media tersebut mempunyai kelebihan dan juga kekurangan. oleh itu, hanya guru yang bijak untuk memilih media teknologinya sebagai aktiviti pembelajaran dan pengajarannya terhadap kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment