Thursday 3 September 2015

TOPIK 4

THEORIES OF LEARNING AND TEACHING

Apa yang saya faham mengenai teori ini adalah :

1.       Teori Pembelajaran Sosial ini diperkenalkan oleh Albert Bandura. Teori ini lebih mengutamakan peniruaan dalam kanak-kanak. Tokoh menekankan tentang bagaimana tingkahlaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan cara memandang dan cara berfikir yang kita dapat terhadap sesuatu maklumat. Guru boleh menilai kanak-kanak dengan mengadakan aktiviti pembelajaran teknologi. Contoh menggunakan video cerita upin dan ipin yang mana cerita itu banyak menunjukkan contoh atau moral yang baik kepada siapa sahaja yang melihatnya. Apalagi kepada kanak-kanak yang mudah terikut-ikut dalan jalan cerita tersebut. Di sini menunjukkan bahawa kanak-kanak mudah meniru apa-apa sahaja tingkahlaku atau perbuatan yang dilakukan oleh orang lain samada baik atau buruk.


2.       Teori Pembelajaran Humanisme ini diperkenalkan oleh Carl Roger, dan Abraham Maslow. Teori ini melihat pelajar sebagai seseorang yang berpotensi atau berbakat dalam sesuatu bidang, bermotivasi kerana mendapat rangsangan atau dorongan yang baik dan mereka juga berkeupayaan untuk belajar dan berkembang dari masa ke semasa. Hubungan dan penerimaan guru kepada murid adalah faktor utama dalam teori ini. Contohnya guru hendaklah menerima setiap murid-murid tanpa syarat, mengikut potensi dan keupayaan masing-masing. Guru perlulah bersikap adil kepada semua murid dan guru mesti menggalakkan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam apa jua aktiviti di dalam kelas atau luar kelas. Contoh aktiviti di dalam kelas adalah aktiviti menyanyi. Guru perlu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak sebelum memulakan aktiviti menyanyi seperti murid mendengar dan mengikuti apa yang cikgu lakukan.

No comments:

Post a Comment