Thursday 3 September 2015

TOPIK 9

Designing and planning a non-electronic media center in early childhood classroom.

   Melalui hasil pembentangan kumpulan, ini amat berkaitan dengan penggunaan pelbagai jenis-jenis media yang digunakan di dalam bilik darjah untuk melengkapkan lagi pembentangan yang hendak disampaikan.
   Topik 9 adalah mereka bentuk dan merancang pusat media bukan elektronik di dalam kelas bagi pendidikan awal kanak-kanak. dalam topik ini terdapat 4 peringkat penghasilan media bukan elektronik antaranya ialah

1        penghasilan media secara tiruan
2        penghasilan secara pengubahsuaian
3        penghasilan secara kreatif
4        inovasi dan peniruan

  Peringkat ini melibatkan keupayaan mentafsir dan menyelesaikan sesuatu masalah bagi mencipta sesuatu bahan pembelajaran dan pengajaran kepada kanak-kanak. Serta media yang telah disediakan oleh guru dapat menambahkan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah tanpa memerlukan banyak kos. Sebagai contoh jenis-jenis media bukan elektronik ialah gambar rajah, carta, graf, peta, kartun, poster, bahan 3D seperti boneka glob dan model. selain daripada itu jug media bukan elektronik ini mempunyai kelebihan antaranya ialah

1        dapat mengembangkan kemahiran kanka-kanak berfikir secara kritis dan kreatif
2        membantu penguasaan 4M iaitu menakul, membaca, mengira, dan menulis
3        dapat menyentuh sesuatu benda seperti poster, bonela, glob, dan model.

   Disamping itu juga merancang media bukan elektronik bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran. Contohnya papan kapur atau papan hitam, namun dalam penggunaan media ini terdapat kelebihan dan kelemahannya. antara kelebihan menggunakan papan kapur atau papan hitam adalah murah dan tidak memerlukan kos yang banyak, mudah didapati jika dibandingkan dengan media elektronik. kelemahan media ini pula adalah penggunaannya membosankan kepada kanak-kanak kerana digunakan dengan lebih kerap serta mengambil masa yang lama jika mempunyai maklumat atau ilustrasi yang diperlukan kecuali mempunyai persediaan yang lebih awal sebelum pembelajaran dan pengajaran di jalankan.

No comments:

Post a Comment