Thursday 3 September 2015

TOPIK 13



COMBINE ELECTRONIC AND NONE-ELECTRONIC MEDIA TO PRODUCE INSTRUCTIONAL MATERIALS, PRESENTATIONS AND PRODUCT FOR EARLY CHILDHOOD EDUCATION.

Bagaimana kita menggabungkan media elektronik dan media bukan elektronik untuk menghasilkan bahan-bahan pengajaran serta cara melaksanakan dan membuat penilaian di dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan media elektronik dan media bukan elektronik.



Antara contoh bahan media elektronik ialah seperti slide atau projektor dan contoh bahan media bukan elektronik ialah kad imbasan atau gambar. Bahan media ini boleh digabungkan kedua-duanya sekali semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menunjukkan dahulu kad imbasan atau gambar kitaran hidup haiwan seperti rama-rama kepada kanak-kanak dan seterusnya menunjukkan slaid video dengan menggunakan projektor. Video yang dipamerkan itu mestilah menunjukkan gambaran yang sebenar di mana kanak-kanak boleh lihat kitaran hidup rama-rama itu dengan jelas dan realistik. Bahan media ini sangat membantu kanak-kanak untuk mempelajari hidupan di air dan di darat berdasarkan video yang ditayangkan itu.

No comments:

Post a Comment