Thursday 3 September 2015

TOPIK 5

SEPANJANG SESI PEMBENTANGAN KUMPULAN 3 PADA HARI INI DI DALAM KELAS, SAYA DAPAT MEMAHAMI MENGENAI REKA BENTUK PENGAJARAN DALAM MEMBINA PENGETAHUAN. 

Terdapat beberapa jenis model reka bentuk pengajaran dalam topik 5 ini iaitu Model ADDIE, Model ASSURE, Gagne, Briggs, dan Wager Model. Mengenai Model ADDIE ini adalah merupakan garis panduan kearah membina perisian dan bahan pengajaran pembelajaran berdasarkan keperluan. Model ini juga menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pengajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran akan lebih efektif dan efisien. Hal ini dapat membantu untuk kanak-kanak untuk mencapai objektif dalam pembelajaran. Model ADDIE ini adalah untuk menganalisi dan mengenalpasti masalah secara keseluruhan selepas pemilihan media pengajaran dan pembelajaran untuk menguji keberkesanan serta mendapat maklum balas daripada kanak-kanak.
   
Manakala Model ASSURE ialah digunakan di dalam bilik darjah bagi guru-guru merancang pembangunan media instruksional secara sistematik. Proses menganalisis, merancang bahan yang sesuai , menentukan objektif, dan menggabungkan bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Begitu juga, model Gagne, Briggs, dan Wager yang telah menyediakan reka bentuk pengajaran agar pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dapat berjalan dengan lebih sistematik.Model ini bertujuan memastikan pelajar bersedia untuk belajar dan melibatakan diri di dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Hal ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan kanak-kanak dengan lebih baik.
    
Walaubagaimanapun, terdapat juga kebaikan dan keburukan dalam model reka bentuk pengajaran ini juga serta pelbagai perbezaan dan ciri-ciri model ini. Hanya bergantung kepada individu itu sendiri untuk menilai sejauh mana cara untuk menghasilkan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih sistematik agar dapat mencapai objektif pembelajaran terhadap murid-murid. Oleh itu, saya dapat memahami semua isi kandungan yang telah dibentangkan oleh kumpulan ini.

No comments:

Post a Comment